Majlis Pengesahan Siapkerja Projek PIAS di Rh Sungai Langit pada 6/11/2009
Tuan Jalai telah bersama-sama dengan SAO Akoi @ Senayau Aku dan kontraktor projek tersebut iaitu Syarikat Cahaya Langit telah berkunjung ke Rh Sg Langit, Ulu Layar untuk menyemak siapkerja projek tersebut pada 6/11/2009.
Untuk makluman, projek PIAS tersebut yang berjumlah RM30,000.00 adalah untuk membina parit konkrit sepanjang lebih kurang 200 meter di hadapan rumah panjang tersebut. Pada majlis yang sama, Tuan Jalai dan SAO Akoi telah berkesempatan bersama-sama dengan penduduk rumah panjang melawat tempat cadangan pembinaan jambatan untuk menghubungkan Jalan Sg Langit yang kini terputus akibat ketiadaan jambatan. Penduduk serta pengguna jalan tersebut terpaksa menyeberangi Sungai Langit untuk ke Jalan Ulu Paku dan ke Jalan Ulu Layar. Buat masa ini, sungai tersebut hanya dapat dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda & ketika air sungai cetek.
Inilah "jalan" yang terpaksa dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda utk sampai ke Rh Sg Langit jikalau kita dari Jln Ulu Layar
0 comments:
Post a Comment