Majlis Pengesahan Siapkerja Projek PIAS di Rh Sungai Langit pada 6/11/2009

Tuan Jalai telah bersama-sama dengan SAO Akoi @ Senayau Aku dan kontraktor projek tersebut iaitu Syarikat Cahaya Langit telah berkunjung ke Rh Sg Langit, Ulu Layar untuk menyemak siapkerja projek tersebut pada 6/11/2009.

Untuk makluman, projek PIAS tersebut yang berjumlah RM30,000.00 adalah untuk membina parit konkrit sepanjang lebih kurang 200 meter di hadapan rumah panjang tersebut. Pada majlis yang sama, Tuan Jalai dan SAO Akoi telah berkesempatan bersama-sama dengan penduduk rumah panjang melawat tempat cadangan pembinaan jambatan untuk menghubungkan Jalan Sg Langit yang kini terputus akibat ketiadaan jambatan. Penduduk serta pengguna jalan tersebut terpaksa menyeberangi Sungai Langit untuk ke Jalan Ulu Paku dan ke Jalan Ulu Layar. Buat masa ini, sungai tersebut hanya dapat dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda & ketika air sungai cetek.

Ketibaan SAO Akoi disambut oleh Trh Sg Langit


Beginilah hadapan rumah panjang Sg Langit yg dibina parit konkrit

Parit konkrit di hadapan Rh Sg Langit


Inilah "jalan" yang terpaksa dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda utk sampai ke Rh Sg Langit jikalau kita dari Jln Ulu Layar

SAO Akoi sedang memeriksa tapak cadangan untuk pembinaan jambatan Sg Langit

posted under | 0 Comments

Majlis Penyampaian Sumbangan Dpd Kelab Sokanjaya JKR Betong Pada 9/11/2009

Pengerusi Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Betong iaitu Jurutera Bahagian JKR Betong; Ir. Richard Tajan telah menyampaikan sumbangan derma daripada ahli-ahli Kelab Sokanjaya dan juga dari staf-staf JKR Betong. Sumbangan derma tersebut telah diterima oleh Trh Kiling, Buyong Panjai, Jalan Lidong.

Majlis yang serba ringkas ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat JKR Bahagian Betong dan turut disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan JKR Bahagian Betong. Ini merupakan salah satu aktiviti Kelab Sokanjaya dibawah Unit Kebajikan dimana ia menyumbangkan bantuan dan derma; samada berbentuk wang tunai dan sebagainya kepada mereka yang memerlukan seperti mangsa-mangsa kebakaran.

Majlis Penyampaian Sumbangan Derma Dpd Kelab Sokanjaya JKR Betong

posted under | 0 Comments

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2009 Anjuran Komuniti Bestari Kpg Spaoh Pada 17/10/2009

Tuan Jalai telah berkesempatan bersama-sama dengan ketua/wakil ketua jabatan menghadiri majlis tersebut yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Spaoh pada 17/10/2009 jam 2:00 petang. Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah YB Datuk Sri Douglas Uggah Embas; Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar Malaysia Merangkap Ahli Parlimen P.204 Betong. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Robert Lawson Chuat; ADUN N.32 Bukit Saban.

Majlis yang penuh meriah & dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat sehingga menyebabkan dewan tersebut penuh sesak memang menjadi bukti akan semangat 1Malaysia yang dicanag-canagkan oleh YAB Perdana Menteri kita. Kaum lain di sekitar pekan Spaoh seperti kaum Iban & Cina turut berduyun-duyun datang sambil merayakan majlis tersebut bersama-sama dengan masyarakat Melayu di Spaoh.

Pada majlis tersebut turut diadakan majlis penyampaian sijil & hadiah pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sempena perayaan Hari Raya seperti pertandingan lampu/pelita Raya terindah dan sebagainya. Pada majlis berkenaan juga, YB Datuk Sri telah bermurah hati menyampaikan sumbangan seperti pembelian 300 buah kerusi untuk Dewan Serbaguna Spaoh, RM20 Ribu untuk membaiki kipas & kerosakan di dewan tersebut (untuk tahun depan) & RM6 Ribu untuk Komuniti Bestari di sana. YB Robert Lawson Chuat juga telah bermurah hati memberi peruntukan tambahan sebanyak RM3 Ribu utk setiap surau, RM4 Ribu utk Masjid Spaoh & RM10 Ribu utk Komuniti Bestari Spaoh. Sementara itu, YB Dtk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu juga akan memberi peruntukan RM10 Ribu untuk tahun depan.

Dalam ucapan YB Datuk Sri, pelbagai projek berjumlah RM1.5 Juta utk tahun ini telah & sedang dilaksanakan melalui peruntukan Ahli Parlimen untuk daerah Spaoh sahaja; ini tidak termasuk subsidi pemberian kerajaan.



Ucapan oleh YB Robert Lawson Chuat

Ucapan Perasmian oleh YB Dtk Sri Douglas Uggah

Penyampaian bantuan kpd salah seorang penerima oleh YB Dtk Sri sambil disaksikan oleh YB Robert Lawson Chuat, Tn Hj Patihi (Timb Residen - Pembangunan), En Friday (Tn DO Betong) & En James Digat (S/u Sulit YB Dtk Sri Douglas Uggah)

YB Dtk Sri sedang menyalakan pelita sbg Acara Simbolik Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2009

Antara pertunjukan kebudayaan yang ada semasa majlis tersebut

Keadaan Dewan Serbaguna Spaoh yang penuh sesak dengan pengunjung pada majlis tersebut

Turut hadir; Dari kiri: En Tony Malang (Pegawai Penyelaras JASA Parlimen P.204 Betong) & En Alex (Pegawai Hal-Ehwal Pengguna Bhg Betong)

posted under | 0 Comments

Lawatan Ke Tapak Rumah Panjang Hangus; Rh Kiling, Buyong Panjai, Jalan Lidong Pada 29 Julai 2009

Tuan Jalai telah mewakili Jurutera Bahagian JKR Betong bersama dengan YBhg Datu Residen Betong - Datu Romie Sigan Daniel serta ketua/wakil jabatan kerajaan melawat mangsa & tapak kebakaran di Rh Kiling, Buyong Panjai, Jln Lidong, Betong pada 29/07/2009.


Untuk makluman, kebakaran tersebut telah berlaku pada petang 26/07/2009. Dalam kejadian tersebut, rumah panjang sepanjang 35 pintu telah telah memusnahkan 28 buah pintu & 7 pintu selamat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan; hanya kehilangan harta benda sahaja. Jabatan-jabatan kerajaan terbabit telah bertindak pantas menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan kepada rumah panjang & mangsa kebakaran tersebut. Dalam hal ini, JKR Bhg Betong telah bertindak pantas dengan menyediakan beberapa buah khemah pasang-siap untuk dijadikan sebagai tempat berteduh sementara; termasuk meja dan kerusi. Pihak JKR juga telah menyediakan genset mudah alih untuk kegunaan mereka disana.

Dalam lawatan tersebut yang diketuai oleh Tn Residen sendiri, mangsa kebakaran telah mengambil peluang ini untuk berdialog dengan ketua/wakil jabatan-jabatan kerajaan yang ada untuk memohon bantuan yang sepatutnya.

YBhg Datu Residen sedang berkata sesuatu kpd ketua/wakil ketua jabatan yang ada di situ

Dari kiri: En Giri (Pegawai Kebajikan Betong), Datu Residen, En Anthony Luta (S/u MDB), Tn Jalai & Dr Anthony (Timb Residen - Sosial)

Dialog diantara pegawai kerajaan yang diketuai oleh Datu Residen bersama dengan mangsa-mangsa kebakaran di Rh Buyong Panjai


Dialog diantara pegawai kerajaan yang diketuai oleh Datu Residen bersama dengan mangsa-mangsa kebakaran di Rh Buyong Panjai

Dari kiri: Tn Jalai, Dr Anthony, En Anthony, Datu Residen & En Friday (Tn DO Betong)

Rombongan memeriksa tapak kebakaran

Tn Jalai bersama-sama dgn YBhg Datu Residen & En Friday (Tn DO Betong) sedang memeriksa tapak kebakaran

Penduduk kampung sedang menceritakan detik-detik kebakaran tersebut berlaku kpd YBhg Datu Residen


Timbunan pakaian-pakaian terpakai hasil sumbangan pelawat kpd mangsa kebakaran

Keadaan rh panjang yang hangus

Keadaan rh panjang yang hangus

Keadaan rh panjang yang hangus

Keadaan rh panjang yang hangus

Salah seorang mangsa kebakaran yg terpaksa berteduh di pondok kereta

Motorsikal yang hangus & tak sempat diselamatkan

posted under | 0 Comments

Sambutan Jubli Perak & Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah Ke-25 SMK Teknik Betong Pada 17 Okt 2009

YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri S'wak telah berkenan menjadi tetamu kehormat pada majlis tersebut yang telah diadakan pada 17/10/2009 di SMK Teknik, Betong. Turut hadir ialah YB Datuk Sri Douglas Uggah Embas, YB Robert Lawson Chuat, ketua-ketua jabatan kerajaan, ketua-ketua masyarakat dan orang awam.

Pada majlis tersebut juga, YB Datuk Patinggi & YB Datuk Sri telah berkenan untuk memberi peruntukan RM1o Ribu setiap seorang untuk PIBG SMK Teknik Betong. YB Datuk Patinggi juga telah mengumumkan peruntukan RM10 utk SMK Datuk Patinggi Kedit Betong & RM10 utk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Pengumuman YB Dtk Patinggi mengenai kelulusan kerajaan negeri melalui SPA memperuntukkan tanah seluas 410 Ekar di Betong untuk penubuhan Politeknik Betong telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin. Menurut YB Dtk Patinggi lagi, Politeknik Betong tersebut akan dilaksanakan dibawah RMK10. Pada majlis tersebut, YB Datuk Patinggi telah sempat meluangkan masa melawat pameran-pameran yang diadakan di bengkel-bengkel di situ.

Para YB dan ketua-ketua kerajaan menanti ketibaan helikopter YB Dtk Patinggi di padang SMK Teknik

Dari kiri: YB Datuk Sri Douglas Uggah, YB Robert Lawson Chuat, YB Johnical Rayong & YB William Nyalau (kiri sekali)

Ketibaan YB Datuk Patinggi disambut oleh para YB & ketua-ketua jabatan

YB Datuk Patinggi disambut dengan meriah oleh para guru SMK Teknik Betong sambil ditemani oleh Pengetua SMK Teknik; En Ng Fook Yin

Para hadirin yang hadir di Dewan SMK Teknik Betong

YB Datuk Sri Douglas Uggah sedang menyampaikan amanat beliau

YB Datuk Patinggi sedang menyampaikan amanat beliau

YB Datuk Patinggi sedang menyampaikan sijil kepada para guru yang menerima APC

Cenderahati pemberian Pengetua SMK Teknik Betong kepada YB Dtk Patinggi

YB Datuk Patinggi sedang melawat bengkel pertukangan kerja-kerja kayu

YB Datuk Patinggi sedang melawat bengkel otomotif

YB Dtk Patinggi mencuba bakat beliau mengecat meja "kayu" simen fero sambil diperhatikan oleh Pengetua SMK Teknik Betong

posted under | 0 Comments

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Bersama YB Robert Lawson Chuat Di Engkerbai Pada 26 Julai 2009

Tuan Jalai telah berkesempatan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) & Jbtn Penerangan Bhg Betong di Rh Engkerbai, Paku pada 26 Julai 2009. Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah YB Robert Lawson Chuat, ADUN N32 Bukit Saban. Turut hadir ialah Dr Richard Rapu - S/u Politik Kpd YB Datuk Sri Douglas Uggah dan En Isik Utau - S/u Politik Kpd YAB Pehin Sri Ketua Menteri.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh ketua / wakil ketua jabatan dari jabatajn-jabatan kerajaan seperti JKR, Jbtn Pertanian, Jabatan Tanah & Ukur, Pejabat Daerah, KEMAS, Pejabat Daerah serta jabatan-jabatan lain. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyediakan satu platform bagi ketua masyarakat (tuai rumah / pengerusi JKKK) dari kawasan sekitar Jalan Ulu Paku untuk mengutarakan sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan kepada agensi-agensi / jabatan-jabatan kerajaan yang sepatutnya. Antara permasalahan yang timbul ialah berkaitan dengan permohonan bekalan air dan elektrik, permohonan membaiki dan membina jalan, permohonan projek-projek rumah panjang serta isu-isu tanah. YB Robert Lawson Chuat telah mengarahkan sebarang permasalahan berkaitan diambil tindakan segera oleh agensi-agensi yang berkaitan demi untuk kesenangan rakyat sekitar kawasan Paku.

Justify FullPara ketua jabatan / wakil menyambut ketibaan YB N Robert Lawson Chuat

Rombongan sedang berjalan masuk di dalam rumah panjang

YB sedang bersalaman dengan penduduk rumah panjang Engkerbai

Dari kiri: En Isik Utau (S/u Politik YAB Pehin Sri KM), En Friday (Tn DO Betong), YB Robert Lawson Chuat (ADUN N32 Bukit Saban), Dr Richard Rapu (S/u Politik YB Datuk Sri Douglas Uggah) & En Wilson Entebang (Pen Pengarah Pertanian Bhg Betong)

Sedang berdiri menyanyikan lagu Negaraku

Para tetamu yang tiba semasa majlis tersebut

YB sedang menyampaikan amanat beliau

YB sedang menerima cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan dari Tuai Rumah Engkerbai

posted under | 0 Comments

Kursus Immamah Bersama YB Tn Robert Lawson Chuat Di Gereja St Mark, Ng Peka, Paku pada 11 Julai 2009

Tuan Jalai telah berkesempatan mewakili Jurutera Bahagian JKR Betong untuk menghadiri Kursus Immamah anjuran Pejabat JASA Bahagian Betong di Gereja St Mark, Ng Peka, Paku, Betong pada 11 Julai 2009. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Tn Robert Lawson Chuat, ADUN N.32 Bukit Saban. Turut hadir ialah Dr Richard Rapu - S/u Politik Kpd YB Datuk Sri Douglas Uggah, En James Digat - S/u Sulit Kpd YB Datuk Sri Douglas Uggah, En Wilson Entebang - Pen Pengarah Pertanian Bhg Betong, SAO Akoi, En Digat Panji - Pegawai JASA Bhg Betong, En Tony Malang - Penyelaras JASA Parlimen Betong, En Albert Dagang (MDB), En David (pegawai KEMAS Betong) serta pegawai-pegawai kerajaan yang lain.

Pada majlis tersebut, YB Tn Robert Lawson Chuat telah bermurah hati menyampaikan beberapa geran kepada Gereja St Mark, Ng Peka, Paku khasnya untuk penganjuran aktiviti gereja serta menaiktaraf kemudahan siaraya (PA System) di gereja tersebut.

YB Tn Robert Lawson Chuat & YB Alex bergambar kenang-kenangan dgn Gerempong Indu Gereja St Mark, Ng Peka, Paku, Betong

YB Tn Robert Lawson Chuat sedang menyampaikan amanat beliau

YB Tn Robert Lawson Chuat sedang menerima cenderahati daripada Father Tommy sambil diperhatikan oleh En Digat Panji & En Benedict Blake dari JASA Betong

YB Tn Robert Lawson Chuat bersama tetamu lain sedang menyanyikan lagu pujian (hymm)

Tetamu yang memenuhi Gereja St Mark, Ng Peka, Paku, Betong

Majlis merarau

Tn Jalai bersama dgn En Tony Malang (Penyelaras JASA Parlimen Betong)

Turut hadir; SAO Akoi @ Senayau Aku (berbaju T putih)

Dari kiri: En Albert Dagang (pegawai MDB) bersama dgn En James Diggat (S/u Sulit kpd YB Datuk Sri Doulas Uggah Embas)

posted under | 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home

Jam Diatu

Temuai Ke Udah

Pasal Aku

FEEDJIT

FEEDJIT Live Traffic Feed

Randau Ruai


ShoutMix chat widget

Followers


Recent Comments