Projek Jalan (Peruntukan Khas Membaiki / Naiktaraf Jalan)

Sesungguhnya rakyat bahagian Betong; khasnya mereka yang berada di luar bandar harus merasa bersyukur & bertuah kerana Betong sering dilimpahi dengan banyak projek khasnya projek-projek pembangunan infrastruktur seperti pembinaan / penaiktarafan jalan dan sebagainya.

Susulan daripada 'entry' blog saya pada 24 Mei yang lepas dimana Bahagian Betong diberi peruntukan RM3 Juta untuk pembaikian jalan luar bandar; sekali lagi Bahagian Betong diberi RM3 Juta untuk tujuan yang sama. Menjadikan jumlah keseluruhannya; RM6 Juta!

Adalah menjadi tanggungjawab seksyen Tuan Jalai iaitu Seksyen Pembangunan Jalan & Unit RRDU (Rural & Regional Development Unit) untuk sentiasa melihat dan memastikan agar permohonan pembangunan luar bandar menjadi prioriti dan mengemukakan Permohonan Peruntukan Kewangan (Fund Requisition) kepada pihak atasan seperi JKR HQ dan MIDCom.

Terima kasih juga patut kita hulurkan kepada JKR HQ & MIDCom kerana telah menyalurkan peruntukan tersebut ke Bahagian Betong demi untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat; khasnya rakyat luar bandar!

Projek-projek tersebut ialah:
  1. Tapak Sawah Padi Seberang Kpg Debak Laut, Debak, Bhg Betong
  2. Tapak Sawah Padi Seberang Kpg Babu, Kpg Lalang & Kpg Bungey, Debak, Bhg Betong
  3. Rh Dunggat, Nanga Penebak, Ulu Layar, Bhg Betong
  4. Rh Seman, Penebak Ulu, Ulu Layar, Bhg Betong
  5. Lidong Passenger Terminal, Betong, Bhg Betong
  6. Kpg Kaba, Kabong, Saratok, Bhg Betong
  7. Ng Puak, Krian, Saratok, Bhg Betong
  8. Jln Ulu Krian, Saratok, Bhg Betong
  9. Jln Ulu Awik, Saratok, Bhg Betong
  10. Jln Kaki Wong/Babang, Saratok, Bhg Betong
Jumlah Peruntukan Untuk Projek-Projek Tersebut = RM3 Juta.



posted under |

0 comments:

Post a Comment

Older Post Home

Jam Diatu

Temuai Ke Udah

Pasal Aku

FEEDJIT

FEEDJIT Live Traffic Feed

Randau Ruai


ShoutMix chat widget

Followers


Recent Comments