Pembentangan Kertas Kerja Agropolitan Gunung Sadok di KKLW, Putrajaya pada 8 Oktober 2009

Tuan Jalai bersama dengan Ahli Jawatankuasa Kerja Agropolitan Gunung Sadok Bahagian Betong telah berkesempatan berkunjung ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Malaysia di Putrajaya pada 8/10/2009 untuk membentangkan Kertas Kerja Agropolitan Gunung Sadok Bahagian Betong.

Turut serta dalam rombongan tersebut ialah Tn Residen Bhg Betong-Datu Romie Sigan Daniel, Timb Residen (Pbgn)-Hj Patihi Kerni, Tn Jurutera Bahagian JKR Betong-Ir Richard Tajan, Pen Pengarah Pertanian Bhg Betong-Wilson Entebang, Pegawai Daerah Betong-En Friday Belik, Pegawai Daerah Saratok-En Daniel Supit, SAO Michael, SAO Roni serta En Barau dari Pejabat Tanah & Survei Betong. Pembentangan kertas kerja tersebut telah dijalankan oleh YBhg Datu Residen sendiri.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg Dato' Hj Basar Bin Hj Abd Rahman - Timb Ketua S/usaha (Sosial) KKLW. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan dari KKLW. Pada dasarnya, KKLW bersetuju dengan pembentangan kertas kerja tersebut yang mana mereka telah memperuntukkan RM8 Juta untuk RISDA memulakan projek getah di Saratok. Untuk projek-projek infrastruktur, dicadangkan RM61 Juta dicadangkan untuk dilaksanakan bermula pada awal tahun depan yang merangkumi projek-projek jaringan jalan raya, jambatan, bekalan elektrik dan sebagainya.

Pintu masuk KKLW, Putrajaya

Plak menunjukkan arah bilik di Tkt 9, KKLW, Putrajaya

Bilik persidangan di Tkt 9, KKLW. Team Agropolitan di sebelah kanan

Team Agropolitan Gunung Sadok yang diketuai oleh YBhg Datu Residen

Dari kiri: Tn Residen Bhg Betong, Pen Pengarah Pertanian Bhg Betong, Tn Jurutera Bhg JKR Betong

Dari kiri: Pegawai Daerah Saratok, Pegawai Daerah Betong, SAO Michael & En Barau

Pengerusi Mesyuarat - YBhg Dato' Hj Basar, Timb Ketua S/u (Sosial) KKLW

Slide mengenai program perlaksanaan projek jalanraya di Agropolitan Gunung Sadok

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Jam Diatu

Temuai Ke Udah

Pasal Aku

FEEDJIT

FEEDJIT Live Traffic Feed

Randau Ruai


ShoutMix chat widget

Followers


Recent Comments