Pembentangan Kertas Kerja Agropolitan Gunung Sadok di KKLW, Putrajaya pada 8 Oktober 2009

Tuan Jalai bersama dengan Ahli Jawatankuasa Kerja Agropolitan Gunung Sadok Bahagian Betong telah berkesempatan berkunjung ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Malaysia di Putrajaya pada 8/10/2009 untuk membentangkan Kertas Kerja Agropolitan Gunung Sadok Bahagian Betong.

Turut serta dalam rombongan tersebut ialah Tn Residen Bhg Betong-Datu Romie Sigan Daniel, Timb Residen (Pbgn)-Hj Patihi Kerni, Tn Jurutera Bahagian JKR Betong-Ir Richard Tajan, Pen Pengarah Pertanian Bhg Betong-Wilson Entebang, Pegawai Daerah Betong-En Friday Belik, Pegawai Daerah Saratok-En Daniel Supit, SAO Michael, SAO Roni serta En Barau dari Pejabat Tanah & Survei Betong. Pembentangan kertas kerja tersebut telah dijalankan oleh YBhg Datu Residen sendiri.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg Dato' Hj Basar Bin Hj Abd Rahman - Timb Ketua S/usaha (Sosial) KKLW. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan dari KKLW. Pada dasarnya, KKLW bersetuju dengan pembentangan kertas kerja tersebut yang mana mereka telah memperuntukkan RM8 Juta untuk RISDA memulakan projek getah di Saratok. Untuk projek-projek infrastruktur, dicadangkan RM61 Juta dicadangkan untuk dilaksanakan bermula pada awal tahun depan yang merangkumi projek-projek jaringan jalan raya, jambatan, bekalan elektrik dan sebagainya.

Pintu masuk KKLW, Putrajaya

Plak menunjukkan arah bilik di Tkt 9, KKLW, Putrajaya

Bilik persidangan di Tkt 9, KKLW. Team Agropolitan di sebelah kanan

Team Agropolitan Gunung Sadok yang diketuai oleh YBhg Datu Residen

Dari kiri: Tn Residen Bhg Betong, Pen Pengarah Pertanian Bhg Betong, Tn Jurutera Bhg JKR Betong

Dari kiri: Pegawai Daerah Saratok, Pegawai Daerah Betong, SAO Michael & En Barau

Pengerusi Mesyuarat - YBhg Dato' Hj Basar, Timb Ketua S/u (Sosial) KKLW

Slide mengenai program perlaksanaan projek jalanraya di Agropolitan Gunung Sadok

posted under | 0 Comments

Kertas Kerja Cadangan Projek Pembangunan Agropolitan Gunung Sadong Bahagian Betong

Inilah cover depan Kertas Kerja Projek Pembangunan Infrastruktur Agropolitan Gunung Sadok, Bahagian Betong yang mana telah membuatkan Tuan Jalai sibuk semenjak bulan April 2009 yang lepas. Walaubagaimanapun, Tuan Jalai ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan di JKR (termasuk dari JKR Saratok) yang turut menyumbangkan idea serta data dalam menyiapkan kertas kerja ini. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Ir Mohd Sabari (Ketua Unit Pbgn Luar Bandar & Wilayah (RRDU), JKR HQ) serta Ir Richard Tajan (DE JKR Betong) yang sentiasa memberi komen & nasihat sehingga siapnya kertas kerja ini.

Kertas kerja ini merupakan panduan kepada pihak Jawatankuasa Kerja Pbgn Agropolitan u Gunung Sadok & khasnya kepada pihak JKR Bhg Betong untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di kawasan tersebut. Kawasan tersebut merangkumi Zon A (Betong) & Zon B (Saratok).

Projek yang merangkumi pembinaan jalan raya, jambatan, bekalan elektrik & air, telekomunikasi serta pembaikbulih sekolah & klinik ini dianggarkan berjumlah RM391.2 Juta dan dicadang untuk dilaksanakan di bawah RMK9 (tahun ini & tahun depan) & sehingga RMK11 (tahun 2020). Tujuan projek ini adalah bertujuan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur sejajar dengan pembangunan program pembasmian kemiskinan tegar melalui program-program pertanian dan sebagainya.

posted under | 1 Comments

Mesyuarat Agropolitan Gunung Sadok & Penyediaan Senarai RMK10 Pada 23/09/09

Tuan Jalai telah berkesempatan bersama-sama menghadiri mesyuarat tersebut di atas bersama dengan Ahli Jawatankuasa Kerja Pembangunan Agropolitan Gunung Sadok Bahagian Betong yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Timb. Ketua Menteri, Tkt 19, Wisma Bapa M'sia, Petra Jaya, Kuching pada 23 Sept 2009.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu sendiri. Turut hadir ialah YB Datuk Gramong Juna (Menteri Muda Pembgn Luar Bandar), Tn Hj Chaiti Hj Bolhassan (S/u Tetap Kem Pbgn Luar Bandar), Ir Safri Zainuddin (Timbalan Pengarah(Pbgn) JKR), En Romie Sigan Daniel (Tn Residen Bhg Betong), Ir Philip Ng (Pen Pengarah (Jalan) JKR), Ir Richard Tajan (DE JKR Betong), En Wilson Entebang (Pen Pengarah Pertanian Betong), Dr Richard Rapu (S/u Politik YB Dtk Douglas Uggah), En Isik Utau (S/u Politik YAB Pehin Sri Ketua Menteri) serta beberapa pegawai kanan dari SPU dan DID.

Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk memuktamadkan Kertas Kerja Pembangunan Infrastruktur Agropolitan Gunung Sadok Bhg Betong serta untuk memuktamadkan pelbagai senarai projek pembangunan seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air seluruh Sarawak yang akan dimajukan ke KKLW & dicadang untuk dilaksanakan dibawah RMK10. Mesyuarat tersebut yang bermula dari pukul 9 pagi telah berlangsung sehingga jam 5 petang.

YB Dtk Patinggi sedang meneliti dokumen mesyuarat

Mesyuarat sedang berlangsung di Tkt 19, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya

Dari kiri: YB Dtk Gramong Juna, Tn Hj Chaiti Bolhassan & Ir Safri Zainuddin

Ahli Jawatankuasa Kerja Pbgn Agropolitan Gunung Sadok; Dari kiri: SAO Roni, Ir Richard Tajan, En Wilson Entebang & En Romie Sigan Daniel

Ahli Jawatankuasa Kerja Pbgn Agropolitan Gunung Sadok sedang meneliti kertas kerja sebelum dimajukan ke KKLW

Para pegawai dari JKR HQ sedang berbincang dalam memuktamadkan senarai projek pembangunan RMK10 untuk seluruh Sarawak

Dr Richard Rapu (S/u Politik Yb Dtk Douglas Uggah) sedang berbincang dgn Ir Richard Tajan (DE JKR Betong)

posted under | 0 Comments

Lawatan Ke Tapak Agropolitan Kena 10 Julai 2009

Bala raban staf JKR ari Betong ngau Saratok bisi ngulu ke Ir. Mohd Sabari (Ketuai Unit Pbgn Luar Bandar & Wilayah - RRDU) ari opis besai nemuai ngagai 2 buah rumah panjai di jalai Ulu Awik kena 10 Julai 2009. Turut serta dalam penemuai nyak tadi Tuan Jalai, Tuan DE (Saratok) - Ir Cassidy Morris serta SAO Michael ari opis Pejabat Daerah Saratok.

Bala kami sebuat alu nemuai ngagai Rh Ajie, Jaong serta Rh Lie, Balai Ruai, Ulu Risau, Saratok. Bala kami bisi berandau ngau sida serumah alu bisi nanya pasal pengawa serta pemansang ekonomi bala rakyat ba 2 buah rumah panjai tuk tadi. Rumah panjai tuk tadi bertuah amai laban udah dipilih alai endor RISDA ngemansang ka ladang getah. Tambah mega, sida 2 buah rumah tuk tadi udah bersetuju nyerah ka tanah sida penyampau 349 Hektar ngagai RISDA kena ngemansang ka Ladang Getah RISDA. Projek ladang getah tuk tadi sigi ari program pemansang di atur dalam Program Pembasmian Kemiskinan Agropolitan Gunung Sadok. Ngau pemaju ladang getah RISDA tuk ila, diarap ka ulih nambah ka penatai pemisi 2 buah rumah panjai tuk tadi.
Udah nyak tadi, bala kami sebuat alu nemuai nuju jalai Ulu Paku ngau jalai Ulu Layar meda gaya ubah menua alu ngabas alai kak diadu pemansang baka jalai ngau jambatan.

Rh Lie, Balai Ruai, Ulu Risau, Saratok

Ari kiba: Tn Jalai, SAO Michael, Ir Mohd Sabari (baju jeans lengan panjai warna biru), TA(Siu), Tn DE(Saratok) - Ir Cassidy & TA(Felix) benong di Rh Lie

Padi benong dijembi ba tengah laman Rh Ajie, Jaong, Saratok

Bala benong begambar ba Rh Ajie, Jaong, Saratok

Benong begambar ba Jambatan Jaloh, Ulu Layar

posted under | 0 Comments

Taklimat pasal Perlaksanaan Program Agropolitan Gununng Sadok kena 9 Julai 2009

Kena 9 Julai 2009; siko ketuai / pegawai kami ari opis besai (HQ) bisi nemuai ngagai ofis kami di Betong serta lalu ngadu ka taklimat pasal ngadu serta nusun-atur program pemansang pasal Agropolitan Gunung Sadok. Taklimat nya tadi diberi ulih Ir. Mohd Sabari Bin Shakeran - Ketuai Unit Pembangunan Luar Bandar & Wilayah (RRDU). Turut ngau iya ari opis besai kami ianya En. Felix - TA ba RRDU, JKR HQ.

Semua pegawai kami ke terlibat ngau Development bisi serta ba taklimat nyak tadi. Turut datai ianya Jurutera Bahagian JKR Betong - Ir Richard Tajan, Penolong Jurutera Bahagian - Ir Anding Unchi serta Tn Jurutera Daerah (Saratok) - Ir Cassidy Morris.

Ari kiba: Ir Mohd Sabari (Ketuai RRDU, JKR HQ) & Ir Richard Tajan (DE JKR Betong)

Ari kiba: Ir Anding Unchi (ADE JKR Betong) & Tuan Jalai

Sekeda ari pegawai JKR ka bisi datai ninga taklimat. Tn DE(Saratok) - kanan sekali

Ir Mohd Sabari benong meri taklimat sambil diperati ka bala staf JKR Betong

posted under | 0 Comments

Taklimat Pengurusan Kontrak Pada 1 Oktober 2009

Satu taklimat mengenai Pengurusan Kontrak telah dianjurkan bersama oleh Pejabat Residen Bahagian Betong & JKR Bahagian Betong. Taklimat setengah hari tersebut telah diadakan di Bilik Kenyalang, Tingkat 3, Pejabat Residen Bahagian Betong. Taklimat tersebut dirasmikan secara ringkas oleh Tn Residen Betong iaitu En. Romie Sigan Daniel. Turut hadir & menyampaikan amanat pada pagi itu ialah Tn Jurutera Bahagian JKR Betong iaitu Ir. Richard Tajan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Kii Ing Ching, Jurukur Bahan Kanan dari Ibu Pejabat JKR, Kuching. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan seperti JKR, DID, Pejabat Residen, Pejabat Daerah, Jabatan Pertanian & Majlis Daerah Betong (MDB). Taklimat tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan berkenaan dengan tatacara pengurusan kontrak terkini khasnya berkaitan dengan penyediaan BQ & Spesifikasi serta dokumen kontrak berkaitan. Ia juga bertujuan agar jabatan-jabatan yang terlibat dapat menyediakan kontrak tersebut "senada" & memenuhi piawaian yang sama.

Dari kiri: Ir Richard Tajan - Tn DE JKR Betong En Romie Sigan Daniel - Tn Residen Bhg Betong

Para peserta taklimat

En Kii Ing Ching sedang menyampaikan taklimat beliau

Peserta yang hadir

Dari kiri: En Albert Dagang (MDB), En Terry Tegas (WSM JKR Betong), Ir Cassidy Morris (Tn DE Saratok) & SAO Laga (Pej Daerah Saratok)


posted under | 0 Comments

Malam Penghargaan "Ops Kemarau" Anjuran JKR Saratok Pada 18 Ogos 2009

Tuan Jalai telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut bagi mewakili Tuan Jurutera Bahagian JKR Betong iaitu Ir Richard Tajan. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh pihak Tuan Jurutera Daerah Saratok - Ir Cassidy Morris di kawasan perkarangan pejabat JKR Saratok. Turut hadir pada malam tersebut ialah Tn Pegawai Daerah Saratok - En Daniel Supit serta SAO Michael.

Majlis tersebut ialah sebagai tanda penghargaan kepada staf JKR Saratok yang telah bertugas bertungkus-lumus; tanpa mengira masa & hujung minggu bagi menghantar air & menyelesaikan masalah kekurangan air yang dihadapi oleh penduduk Saratok, Roban & Kabong pada musim kemarau pada waktu itu. Turut hadir & dihargai pada majkis tersebut ialah pihak kontraktor yang telah terlibat menghantar bekalan-bekalan air menggunakan lori-lori & tangki-tangki bergerak ke kawasan-kawasan yang terbabit.

Majlis pada malam tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti menyambut harijadi staf-staf JKR Saratok yang jatuh pada bulan Ogos & persaraan salah seorang kakitangan JKR iaitu En Mathew Enggah (dari Seksyen Bekalan Air). Turut hadir ialah ahli keluarga staf JKR Saratok. Majlis pada malam tersebut telah diiringi oleh "live band" oleh staf JKR Saratok sendiri seperti EA(Marshall Minggu) yang bermain "bass guitar" & TA(Peter Engkassan) yang bermain dram. Terima kasih kepada TA(Peter) yang sudi meminjamkan keseluruhan kelengkapan bandnya untuk "merindang" kami pada malam itu! Sesungguhnya usaha murni Tn DE(Saratok) menganjurkan majlis tersebut untuk merapatkan silaturrahim & semangat "teamwork" di antara kakitangannya haruslah dipuji demi kebaikan bersama; sejajar dengan Semangat 1 Malaysia!

Dari kiri: Tn Jalai, Tn DE(Saratok) & Tn DO(Saratok)

Tn DE(Saratok) sedang menyampaikan amanat beliau

Dari kiri: Tn DE(Saratok), En John Indit (Chief Clerk JKR Saratok), SAO Michael & En Mathew Enggah

Live band yang terdiri daripada staf JKR Saratok

Persiapan pada malam tersebut

Semangat 1 Malaysia; tanpa mengira bangsa & agama staf JKR Saratok sedang menyediakan BBQ

Staf yang bersedia utk meniup lilin kek harijadi mereka pada malam itu

Tn DE(Saratok) menyampaikan tanda kenang-kenangan & penghargaan kpd En Mathew Enggah yang akan bersara

Tn DE(Saratok) sedang "ngesuh ka nyawa iya"!

Tn Jalai membawa lagu "Buah Ati Dirampas Urang"

SAO Michael sedang menyanyi sambil diiringi oleh TA(Jugah) - di tengah

DE JKR - En Randi sedang membawa lagu "Selua Seempa"

Antara staf JKR Saratok yang menyanyi dengan penuh perasaan pada malam itu

Antara staf JKR Saratok yang menyanyi dengan penuh perasaan pada malam itu

posted under | 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home

Jam Diatu

Temuai Ke Udah

Pasal Aku

FEEDJIT

FEEDJIT Live Traffic Feed

Randau Ruai


ShoutMix chat widget

Followers


Recent Comments