Cadangan Pembinaan Jalan Ng Linsum - Mara - Melanjan - Jelang - Raba - Luing - Kerapa


Satu mesyuarat berkenaan dengan Cadangan Jalan Yang Hendak Dibina Di Bawah RMK10 telah diadakan di Tkt 19, Wisma Bapa M'sia, Petra Jaya, Kuching pada 23 September 2009. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri S'wak merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur & Perhubungan serta Menteri Pembangunan Luar Bandar. Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk memuktamadkan senarai projek pembangunan infrastruktur bagi negeri S'wak untuk dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) di bawah RMK10.

Mesyuarat tersebut telah turut dihadiri oleh YB Datuk Gramong Juna - Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar S'wak, Tn Hj Chaiti Bolhassan - S/u Tetap Kementerian Pbgn Luar Bandar S'wak, Ir. Safri Zainuddin - Timbalan Pengarah JKR S'wak, En Romie Sigan Daniel - Residen Bhg Betong, Ir Richard Tajan - Jurutera Bhg Betong serta beberapa pegawai kanan kerajaan lain dari pelbagai agensi & kementerian seperti SPU & DID.

Untuk Bhg Betong, cadangan projek tersebut telah dimasukkan dengan cadangan pembinaan jalan raya menurut piawaian R3 JKR iaitu jalan premix. Kos dianggarkan ialah RM 123 Juta serta menghubungkan 6 buah rumah panjang di kawasan Spak, Betong dengan panjang jalan 20 KM.

posted under | 0 Comments

Site Meetings on Road Projects With DE Betong (29/09/2009)

Yesterday (29th September 2009) was an hectic day for us all in Road Development Section, JKR Betong including our Big Boss; DE Betong - Ir. Richard Tajan. The meetings were chaired by our Tn DE himself. A full day schedule was spent on attending meetings on-going road projects at Betong. To be exact, DE Betong, EE(Road Development) - Ir David Wong, Tuan Jalai & Mandur Tan attended 3 meetings yesterday on these projects:
  1. Projek Membina Jalan Tanjung Assam/Hilir Saribas/Beladin, Saribas, Sarawak
  2. Construction & Completion of Proposed Phase 3 Improvement Works to Ulu Layar / Ng Tiga Road, Betong Division, Sarawak
  3. Proposed Jalan Ng Buai / Merinjau / Ulu Spak Betong Division, Sarawak (Phase 1)
Ir David Wong (Right) explaining on the progress of the Jln Tg Assam Road Project to Tn DE (center)

Tn DE studies the progress of the project

Mr Goh (Project Manager for Tg Assam Road Project) presenting on the progress of the project

Tn DE chairing the Jln Ulu Layar Road Project Site Meeting

Contractors & consultant from the Jln Ulu Layar Road Project

posted under | 0 Comments

Taklimat Pengurusan Kontrak Pada 1 Oktober 2009

Pejabat Residen Betong akan menganjurkan Taklimat Pengurusan Kontrak esok (Khamis - 1 Oktober 2009). Butir Lanjut mengenai taklimat tersebut adalah seperti berikut:
  • Tarikh: 1 Oktober 2009 (Khamis)
  • Masa: 9:00 pagi
  • Tempat: Bilik Konferens Kenyalang, Tkt 3, Blok Utama, Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri
Taklimat tersebut yang mana dianjurkan oleh Pejabat Residen Bhg Betong atas inisiatif Pejabat JKR Bahagian Betong akan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai yang terlibat dengan pengurusan kontrak dari jabatan-jabatan kerajaan lain. Turut dijemput ialah JKR, Pejabat Daerah Betong, Pejabat Daerah Saratok, Pejabat Pertanian dan jabatan-jabatan lain. Taklimat tersebut akan dikendalikan oleh En. Kii Ing Ching, Jurukur Bahan Kanan dari Ibu Pejabat JKR, Kuching. Tujuan taklimat tersebut adalah untuk mendedahkan akan perkembangan terkini berkenaan dengan pengurusan serta undang-undang kontrak. Ia juga bertujuan agar agensi-agensi terbabit menyediakan BQ dan Spesifikasi "senada" serta dalam konteks dan format yang sama.

posted under | 0 Comments

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Bersama YB Tuan Robert Lawson Chuat Sempena Info Bestari Rimbas, Debak Pada 13 Ogos 2009

Tuan Jalai telah bersekempatan mewakili JKR Bahagian betong menghadiri majlis tersebut yang telah diadakan di Rumah Tindin, Ulu Bayor, Rimbas pada 13 Ogos 2009 (Sabtu). Majlis tersebut yang telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Bhg Betong telah turut dihadiri oleh ramai wakil-wakil ketua jabatan serta pegawai-pegawai kerajaan lain. Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah YB Tuan Robert Lawson Chuat, ADUN N.32 Bukit Saban. Pada majlis tersebut juga telah diadakan sesi dialog diantara YB dengan Tuai-tuai Rumah yang hadir dimana mereka telah mengambil kesempatan ini untuk meluahkan permasalahan serta permintaan rakyat setempat seperti masalah jalan raya, bekalan elektrik dan sebagainya. YB serta wakil ketua jabatan telah menjawab segala permasalahan yang timbul untuk tindakan selanjutnya. YB Tuan Robert Lawson Chuat juga telah bermurah hati dengan menyampaikan geran serta peruntukan kepada Komuniti Info Bestari Rimbas untuk mereka menjalankan aktiviti mereka seperti penghasilan kraftangan dan produk-produk tempatan.

Dari kiri: En Alex (Peg Hal-Ehwal Pengguna Betong), En Tony Malang (Pegawai JASA Betong), Tuan Jalai & En Albert Dagang (Pegawai MDB)

Dari kiri: Tuan Jalai, En Tony Malang & En Alex semasa menanti ketibaan YB

Ketibaan YB Tuan Robert Lawson Chuat disambut dengan meriah

YB Tuan Robert Lawson Chuat sedang disemat dengan "rosette"

Ketibaan YB disambut dengan meriah oleh tetamu yang hadir

En Benedict Blake (Pegawai JASA Betong), En Tony Malang (Pegawai JASA Betong), Tuan Jalai serta rombongan disambut dengan meriah oleh tetamu yang hadir

Dari kiri: En Badin Unor (Peg Jbtn Pertanian Betong), Tuan Jalai, Peg Penerangan Sri Aman, YB Tuan Robert Lawson Chuat, Dr James Luing (SAO Debak) & En Koh Kumbong (Peg Penerangan Betong)

YB Tuan Robert Lawson Chuat sedang menyampaikan amanat beliau

Trh Tindin sedang menyampaikan cenderamata kepada En Koh Kumbong (Peg Penerangan Betong)

Trh Tindin sedang menyampaikan cenderamata kepada YB Tuan Robert Lawson Chuat

posted under | 0 Comments

Mesyuarat Khas Perlaksanaan Projek Pembangunan Agropolitan Gunung Sadok, Bhg Betong Bil 1/2009

Mesyuarat Khas Perlaksanaan Projek Pembangunan Agropolitan Gunung Sadok, Bahagian Betong Bil 1/2009 telah diadakan pada 28 Ogos 2009. Mesyuarat berprofil tinggi yang mana telah dipengerusikan oleh YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu; Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Pembangunan Infrastruktur & Perhubungan Sarawak telah turut dihadiri oleh pegawai-pegawai penting dari pelbagai agensi kerajaan negeri & pusat.

Mesyuarat yang berlangsung selama lebih 2 jam di Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 2, Wisma Bapa M'sia, Petra Jaya, Kuching telah turut dihadiri oleh YB Datuk Hj Mohd Morshidi - SUK Kerajaan Negeri, YBhg Tn Hj Chaiti Hj Bolhassan - S/U Tetap Kementerian Pbgn Luar Bandar, YBhg Datu Ismawi Hj Ismuni - Pengarah SPU, YBhg Datu Hubert Thian - Pengarah JKR Sarawak, En Romie Sigan Daniel - Tn Residen Bhg Betong, En Abdullah Chek Sahamat - Pengurus Besar PELITA serta para pegawai lain termasuk dari KKLW. Turut hadir ialah Ir. Richard Tajan - Jurutera Bahagian JKR Betong, En Wilson Entebang - Pen Pengarah Pertanian Bhg Betong, En Friday Belik - Tn D.O. Betong, En Daniel Supit - Tn D.O. Saratok serta Tuan Jalai selaku Ketua Penyelaras Pembangunan Infrastruktur di Kawasan Projek Agropolitan Gunung Sadok tersebut.

Mesyuarat yang diadakan atas inisiatif Pejabat Residen Betong membincangkan mengenai perkara-perkara berkaitan dengan perlaksanaan Projek Agropolitan Gunung Sadok, Bhg Betong seperti TOR (Term of Reference) akan status tanah serta peruntukan kewangan dari KKLW. Ia juga bertujuan untuk memuktamadkan perkara-perkara / isu-isu yang masih belum mendapat kata putus dari jabatan serta kementerian terbabit.

Agenda mesyuarat pada hari tersebut

Mesyuarat sedang berlangsung di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Bapa Malaysia, Kuching

Dari kiri: Ir Richard Tajan - DE JKR Betong, Tn Wison Entebang - ADA Betong, Tn Romie Sigan Daniel - Tn Residen Betong & YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu - Timbalan Ketua Menteri S'wak

Para rombongan dari Betong sedang berbincang dengan YB Tan Sri Dr Alfred Jabu di pejabat YB di Tingkat 19, Wisma Bapa M'sia, Petra Jaya, Kuching

posted under | 0 Comments

Projek PIAS Ngaga Jalai Engkalat / Nanga Lawih


Tuan Jalai ngau En Randi Edwin Glanggang serta En. Philip Dunggau ari opis kami JKR Betong bisi nemuai nuju Rh Nanga Tapih kena 21 Julai 2009.

Tuju kami tiga nemuai kiak laban kami bisi ngadu ka dialog nerang ka projek ngaga Jalai Engkalat / Nanga Lawih ya ke kak dipemansang serta dipejalai ari opis Tuan D.O. Nyadi aum tauka dialog tuk tadi bisi nyengkaum orang ke bempu tanah sepanjai jalai ya ke kak digaga tuk tadi. Maya aum kena 21/07/2009 tuk tadi, bala nembiak diketuai tuai rumah sida ya empu baka Rh Nanga Tapih, Rh Engkalat serta Rh Mujau bisi datai maya dialog tuk tadi.

Tuan Jalai nerang ka pasal tuju serta penatai peruntukan projek tuk tadi ari YB Datuk Douglas Uggah Embas; Ahli Parlimen P.204 lalu dipejalai ngenai Projek PIAS serta diadu ka opis Pejabat Daerah Betong. Peruntukan projek tuk tadi cukup maoh; RM 400 Ribu. Tuan Jalai ari Pejabat JKR Bhg Betong semina ngadu ka BQ serta Spesifikasi Projek jalai tuk tadi serta nyaga ambi kontraktor ngadu ka jalai tuk manah-manah serta nitih ka peruntukan ngau kualiti ya ka udah dirintai dalam BQ ngau Spesifikasi ka digaga tadi.

Cukup gaga ati bala rakyat menua Ng Tapih, Engkalat serta Mujau tuk tadi nerima pemansang serta projek ari opis perintah; kelebih agi projek ary YB tik dikesayau sida ianya YB Datuk Douglas Uggah. Ngau penyiap jalai tuk ila, ia ulih nyambung rumah panjai Ng Tapih ngagai Engkalat serta Mujau. Tambah mega, ia mansa siti sekula diak ianya SK Ng Lawih. Cukup nyamai bala cikgu tauka apai-indai nembiak ke sekula diak nganjong/mansang ngagai SK Ng Lawih nyak ila! Ati diatu, kereta bala cikgu semina nangka Ng Tapih aja serta terpaksa bejalai kaki nengah jalai kampung sejam pejalai baru datai ba SK Ng Lawih.

Cukup beruntung urang menua tuk ati jalai tuk udah tembuk ila. Tuan Jalai berasa gaga ati laban dialog kami ari nyak bejalai enggau mujur serta bala rakyat ka ka bisi bempu tanah dipansa jalai sanggup ngemendar ka tanah sida dipansa tanpa minta pampas tanah tauka buah! Munyi ko sida madah ngau Tuan Jalai: "Demi pemansang, kami sanggup berkorban tanah awakka anak-ucu kami dudi ari ila nyamai. Kereta ulih datai sangkai bak kaki tangga. Kami berterima kasih ngagai perintah serta YB Datuk Uggah laban udah meri kami projek jalai tuk...."

Signboard menua Ng Tapih

Gaya aik Ng Tapih maya kemarau...

Rumah panjai Ng Tapih

Tuan Jalai bergambar bak jambatan gantung nuju rumah panjai Ng Tapih

Tuan Jalai benong ngelalu ka penatai bala tuai rumah serta anembiak ka bisi datai maya dialog ba Rh Ng Tapih

Tuan Jalai benong nerang pasal projek PIAS tuk tadi...

Sesi dialog benong berjalai....

Sesi ngirup...

Apu!! Maoh amai cangkir teh ngau kopi dirintai depan Tuan Jalai! Ulih ngelu ngirup kopi ngau teh tuk legi...

posted under | 0 Comments

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Tuan Jalai ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Tuan Jalai & khasnya kepada kakitangan JKR Bahagian Betong yang beragama Islam. Di kesempatan ini, Tuan Jalai ingin mendoakan agar kita sama-sama dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik serta sentiasa hidup aman-makmur seiring dengan Semangat 1 Malaysia!

posted under | 0 Comments

Lawatan YB Datuk Douglas Uggah ke Spaoh pada 30 Julai 2009

YB Datuk Douglas Uggah & YB Tuan Robert Lawson Chuat telah meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta Majlis Makan Malam anjuran Pejabat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Betong di SJK Chung Hua Spaoh pada 30 Julai 2009. Rombongan YB Datuk turut disertai oleh para Ketua-Ketua Jabatan dari Betong serta pegawai-pegawai kerajaan lain. Tuan Jalai turut hadir dalam majlis tersebut mewakili JKR Bahagian Betong.

Sesungguhnya, usaha murni YB Datuk Douglas Uggah & YB Tn Robert Lawson Chuat harus dipuji kerana disamping komitmen serta tugas lain sebagai Menteri penuh; YB Datuk sempat meluangkan masa untuk menghadiri majlis tersebut. Majlis tersebut juga menjadi satu platform untuk para penduduk Spaoh meluahkan permintaan dan permasalaahan mereka kepada para YB dan juga jabatan kerajaan sediada. Satu sesi soal jawab berkenaan dengan permintaan & permasalahan mereka telah dijalankan dengan YB Datuk sendiri menjawab soalan/permintaan tersebut & ada juga soalan yang ditujukan terus kepada ketua jabatan yang turut hadir.

Di antara masalah yang diketengahkan ialah Masalah Kekurangan Air, Masalah Tanah dan sebagainya. YB Datuk & YB Tn Robert Lawson Chuat telah mengarahkan agar semua permasalahan tersebut ditangani dengan pantas oleh jabatan kerajaan terlibat demi untuk meringankan masalah dan beban rakyat.

Pada Majlis tersebut, YB berdua telah memberi geran kepada SJK Chung Hua Spaoh untuk membeli komputer untuk kegunaan sekolah tersebut serta telah mengarahkan Guru Besarnya untuk mengkaji akan kemungkinan memasang Broadband / Streamyx untuk keselesaan guru dan murid di sekolah tersebut.

Ketibaan YB Datuk Douglas Uggah & YB Tn Robert Lawson Chuat di SJK Chung Hua Spaoh

YB Datuk sedang menandatangani Buku Pelawat

YB Tn Robert Lawson Chuat sedang menandatangani Buku Pelawat sambil diperhatikan oleh En Tony Malang & En Benedict Blake (pegawai JASA Bahagian Betong)

Tn DO Betong - En Friday Belik sedang menandatangani Buku Pelawat

Dari kanan: Dr Richard Rapu (S/u Politik YB Datuk Douglas Uggah), En Badin (pegawai Jbtn Pertanian Betong), Pn Peggy (Pegawai Penguasa Jbtn Tanah & Survei Betong) & Ir. Jamesy (DE DID)

Rakyat Spaoh yang hadir pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat tersebut

YB Datuk Douglas Uggah sedang mencatatkan masalah/permintaan rakyat sambil diperhatikan oleh YB Tn Robert Lawson Chuat

YB Datuk sedang menerangkan sesuatu kpd salah seorang penduduk Spaoh

Salah seorang penduduk Spaoh sedang menyuarakan permintaan / masalah beliau

posted under | 0 Comments

Lawatan Tuan Jalai ke Nanga Muman, Ulu Spak pada 07 September 2009


Tuan Jalai bersama dengan Tuan DO Betong (En Friday Belik), SAO Akoi @ Senayau Aku, En Albert Dagang, En Rawvan (JTA JKR), En Randie (JKR) dan En Philip (JKR) telah melawat ke Rh Nawing, Nanga Muman, Ulu Spak untuk penyerahan tapak (site handing over) beberapa projek PIAS & PJK kepada kontraktor projek tersebut. Projek-projek tersebut adalah:

  1. Naiktaraf Jalan Muman, Spak, Betong - RM100,000.00 - Sri Utama Enterprise
  2. Membina Parit Konkrit Di Belakang Rumah Muman, Spak, Betong - RM30,000.00 - Indah Enterprise

Perjalanan dari Betong ke simpang Jalan Gawis/Muman mengambil masa 1 jam melalui jalan premix & berbatu. Perjalanan dari simpang Jalan Gawis/Muman melalui Pelepok, Pelo dam Muman mengambil masa 1 jam juga. Perjalanan ini amat mencemaskan kerana hanya kenderaan 4x4 sahaja yang dapat melalui jalan tanah yang licin serta becak itu. Jalan tersebut tiada berbatu & dibina melalui peruntukan PJK. Perjalanan amat MENCEMASKAN memandangkan rombongan kami terpaksa melalui jalan yang licin, sempit serta melalui "tinting" bukit yang curam dan tinggi. Mujurlah kenderaan Tuan Jalai dipandu oleh En. Philip; seorang pemandu yang amat berpengalaman dan kereta rasmi Tn DO dipandu oleh En Ah Chin.

Setibanya di Rh Nanga Muman, para rombongan telah disambut dengan meriah & dijamu dengan hidangan tengahari yang amat menyelerakan di "karangan" Nanga Muman. Seekor "jelu" berat 30 Kg telah tumbang. Penyerahan projek tersebut telah dilakukan oleh Tn DO kepada para kontraktor yang turut serta dalam rombongan tadi.

Sebuah jambatan kayu sempit yang had muatannya setakat 3 Tan yang terdapat di Jalan Muman, Ulu Spak

Kenderaan rasmi Tn DO Betong sedang melalui jalan Ng Muman yang licin serta tiada berbatu

Dari kiri - En Randi (JKR), Tn DO Betong (En Friday Belik) & En Albert Dagang (MDB) sedang berehat sebentar di Simpang Jalan Pelepok/Muman, Ulu Spak

Jalan Ng Muman yg terpaksa melalui anak sungai

Jalan Ng Muman yang tiada berbatu serta terpaksa melalui "tinting" yang curam

Jalan Ng Muman yang mencemaskan; tiada berbatu serta terpaksa melalui "tinting" bukit yang curam

Rh Nawing, Nanga MUman, Ulu Spak - 28 buah pintu

Keadaan luar Rh Ng Muman; perhatikan tiang-tiang solar yang terdapat di luar utk menjana tenaga elektrik di sini

Tn Jalai bersama dengan En Albert Dagang (MDB)

SAO Akoi @ Senayau Aku bersama dgn Bossnya; Tn DO Betong (En Friday Belik)

SAO Akoi bersama dengan Tuai Rumah Nawing, Nanga Muman, Ulu Spak

"Ibuk" sedang mengenang hari-hari senjanya.....

Balat amai kenarau pantang belakang ayak tuk......

Tn Jalai bergambar bersama dgn En Albert Dagang (MDB) & SAO Akoi di Karangan Rh Ng Muman, Ulu Spak

Sempat gak Tn DO bergambar ngau Ayak maoh pantang Iban tuk....

Bala rakyat Ng Muman benong ngintu "jelu" di Karangan....

Tn Jalai & Tn DO benong kak "matah ka lengan" di Karangan Ng Muman.....

SAO Akoi @ Senayau Aku benong nganit kerigai "jelu"....

P/s:- Kemaya ngadu ka "Pakej" di Karangan Nanga Mara?????
















posted under | 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home

Jam Diatu

Temuai Ke Udah

Pasal Aku

FEEDJIT

FEEDJIT Live Traffic Feed

Randau Ruai


ShoutMix chat widget

Followers


Recent Comments