Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2009 Anjuran Komuniti Bestari Kpg Spaoh Pada 17/10/2009

Tuan Jalai telah berkesempatan bersama-sama dengan ketua/wakil ketua jabatan menghadiri majlis tersebut yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Spaoh pada 17/10/2009 jam 2:00 petang. Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah YB Datuk Sri Douglas Uggah Embas; Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar Malaysia Merangkap Ahli Parlimen P.204 Betong. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Robert Lawson Chuat; ADUN N.32 Bukit Saban.

Majlis yang penuh meriah & dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat sehingga menyebabkan dewan tersebut penuh sesak memang menjadi bukti akan semangat 1Malaysia yang dicanag-canagkan oleh YAB Perdana Menteri kita. Kaum lain di sekitar pekan Spaoh seperti kaum Iban & Cina turut berduyun-duyun datang sambil merayakan majlis tersebut bersama-sama dengan masyarakat Melayu di Spaoh.

Pada majlis tersebut turut diadakan majlis penyampaian sijil & hadiah pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sempena perayaan Hari Raya seperti pertandingan lampu/pelita Raya terindah dan sebagainya. Pada majlis berkenaan juga, YB Datuk Sri telah bermurah hati menyampaikan sumbangan seperti pembelian 300 buah kerusi untuk Dewan Serbaguna Spaoh, RM20 Ribu untuk membaiki kipas & kerosakan di dewan tersebut (untuk tahun depan) & RM6 Ribu untuk Komuniti Bestari di sana. YB Robert Lawson Chuat juga telah bermurah hati memberi peruntukan tambahan sebanyak RM3 Ribu utk setiap surau, RM4 Ribu utk Masjid Spaoh & RM10 Ribu utk Komuniti Bestari Spaoh. Sementara itu, YB Dtk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu juga akan memberi peruntukan RM10 Ribu untuk tahun depan.

Dalam ucapan YB Datuk Sri, pelbagai projek berjumlah RM1.5 Juta utk tahun ini telah & sedang dilaksanakan melalui peruntukan Ahli Parlimen untuk daerah Spaoh sahaja; ini tidak termasuk subsidi pemberian kerajaan.



Ucapan oleh YB Robert Lawson Chuat

Ucapan Perasmian oleh YB Dtk Sri Douglas Uggah

Penyampaian bantuan kpd salah seorang penerima oleh YB Dtk Sri sambil disaksikan oleh YB Robert Lawson Chuat, Tn Hj Patihi (Timb Residen - Pembangunan), En Friday (Tn DO Betong) & En James Digat (S/u Sulit YB Dtk Sri Douglas Uggah)

YB Dtk Sri sedang menyalakan pelita sbg Acara Simbolik Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2009

Antara pertunjukan kebudayaan yang ada semasa majlis tersebut

Keadaan Dewan Serbaguna Spaoh yang penuh sesak dengan pengunjung pada majlis tersebut

Turut hadir; Dari kiri: En Tony Malang (Pegawai Penyelaras JASA Parlimen P.204 Betong) & En Alex (Pegawai Hal-Ehwal Pengguna Bhg Betong)

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Jam Diatu

Temuai Ke Udah

Pasal Aku

FEEDJIT

FEEDJIT Live Traffic Feed

Randau Ruai


ShoutMix chat widget

Followers


Recent Comments