Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Bersama YB Robert Lawson Chuat Di Engkerbai Pada 26 Julai 2009

Tuan Jalai telah berkesempatan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) & Jbtn Penerangan Bhg Betong di Rh Engkerbai, Paku pada 26 Julai 2009. Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah YB Robert Lawson Chuat, ADUN N32 Bukit Saban. Turut hadir ialah Dr Richard Rapu - S/u Politik Kpd YB Datuk Sri Douglas Uggah dan En Isik Utau - S/u Politik Kpd YAB Pehin Sri Ketua Menteri.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh ketua / wakil ketua jabatan dari jabatajn-jabatan kerajaan seperti JKR, Jbtn Pertanian, Jabatan Tanah & Ukur, Pejabat Daerah, KEMAS, Pejabat Daerah serta jabatan-jabatan lain. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyediakan satu platform bagi ketua masyarakat (tuai rumah / pengerusi JKKK) dari kawasan sekitar Jalan Ulu Paku untuk mengutarakan sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan kepada agensi-agensi / jabatan-jabatan kerajaan yang sepatutnya. Antara permasalahan yang timbul ialah berkaitan dengan permohonan bekalan air dan elektrik, permohonan membaiki dan membina jalan, permohonan projek-projek rumah panjang serta isu-isu tanah. YB Robert Lawson Chuat telah mengarahkan sebarang permasalahan berkaitan diambil tindakan segera oleh agensi-agensi yang berkaitan demi untuk kesenangan rakyat sekitar kawasan Paku.

Justify FullPara ketua jabatan / wakil menyambut ketibaan YB N Robert Lawson Chuat

Rombongan sedang berjalan masuk di dalam rumah panjang

YB sedang bersalaman dengan penduduk rumah panjang Engkerbai

Dari kiri: En Isik Utau (S/u Politik YAB Pehin Sri KM), En Friday (Tn DO Betong), YB Robert Lawson Chuat (ADUN N32 Bukit Saban), Dr Richard Rapu (S/u Politik YB Datuk Sri Douglas Uggah) & En Wilson Entebang (Pen Pengarah Pertanian Bhg Betong)

Sedang berdiri menyanyikan lagu Negaraku

Para tetamu yang tiba semasa majlis tersebut

YB sedang menyampaikan amanat beliau

YB sedang menerima cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan dari Tuai Rumah Engkerbai

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Jam Diatu

Temuai Ke Udah

Pasal Aku

FEEDJIT

FEEDJIT Live Traffic Feed

Randau Ruai


ShoutMix chat widget

Followers


Recent Comments