Taklimat Pengurusan Kontrak Pada 1 Oktober 2009

Satu taklimat mengenai Pengurusan Kontrak telah dianjurkan bersama oleh Pejabat Residen Bahagian Betong & JKR Bahagian Betong. Taklimat setengah hari tersebut telah diadakan di Bilik Kenyalang, Tingkat 3, Pejabat Residen Bahagian Betong. Taklimat tersebut dirasmikan secara ringkas oleh Tn Residen Betong iaitu En. Romie Sigan Daniel. Turut hadir & menyampaikan amanat pada pagi itu ialah Tn Jurutera Bahagian JKR Betong iaitu Ir. Richard Tajan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Kii Ing Ching, Jurukur Bahan Kanan dari Ibu Pejabat JKR, Kuching. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan seperti JKR, DID, Pejabat Residen, Pejabat Daerah, Jabatan Pertanian & Majlis Daerah Betong (MDB). Taklimat tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan berkenaan dengan tatacara pengurusan kontrak terkini khasnya berkaitan dengan penyediaan BQ & Spesifikasi serta dokumen kontrak berkaitan. Ia juga bertujuan agar jabatan-jabatan yang terlibat dapat menyediakan kontrak tersebut "senada" & memenuhi piawaian yang sama.

Dari kiri: Ir Richard Tajan - Tn DE JKR Betong En Romie Sigan Daniel - Tn Residen Bhg Betong

Para peserta taklimat

En Kii Ing Ching sedang menyampaikan taklimat beliau

Peserta yang hadir

Dari kiri: En Albert Dagang (MDB), En Terry Tegas (WSM JKR Betong), Ir Cassidy Morris (Tn DE Saratok) & SAO Laga (Pej Daerah Saratok)


posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Jam Diatu

Temuai Ke Udah

Pasal Aku

FEEDJIT

FEEDJIT Live Traffic Feed

Randau Ruai


ShoutMix chat widget

Followers


Recent Comments