Malam Penghargaan "Ops Kemarau" Anjuran JKR Saratok Pada 18 Ogos 2009

Tuan Jalai telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut bagi mewakili Tuan Jurutera Bahagian JKR Betong iaitu Ir Richard Tajan. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh pihak Tuan Jurutera Daerah Saratok - Ir Cassidy Morris di kawasan perkarangan pejabat JKR Saratok. Turut hadir pada malam tersebut ialah Tn Pegawai Daerah Saratok - En Daniel Supit serta SAO Michael.

Majlis tersebut ialah sebagai tanda penghargaan kepada staf JKR Saratok yang telah bertugas bertungkus-lumus; tanpa mengira masa & hujung minggu bagi menghantar air & menyelesaikan masalah kekurangan air yang dihadapi oleh penduduk Saratok, Roban & Kabong pada musim kemarau pada waktu itu. Turut hadir & dihargai pada majkis tersebut ialah pihak kontraktor yang telah terlibat menghantar bekalan-bekalan air menggunakan lori-lori & tangki-tangki bergerak ke kawasan-kawasan yang terbabit.

Majlis pada malam tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti menyambut harijadi staf-staf JKR Saratok yang jatuh pada bulan Ogos & persaraan salah seorang kakitangan JKR iaitu En Mathew Enggah (dari Seksyen Bekalan Air). Turut hadir ialah ahli keluarga staf JKR Saratok. Majlis pada malam tersebut telah diiringi oleh "live band" oleh staf JKR Saratok sendiri seperti EA(Marshall Minggu) yang bermain "bass guitar" & TA(Peter Engkassan) yang bermain dram. Terima kasih kepada TA(Peter) yang sudi meminjamkan keseluruhan kelengkapan bandnya untuk "merindang" kami pada malam itu! Sesungguhnya usaha murni Tn DE(Saratok) menganjurkan majlis tersebut untuk merapatkan silaturrahim & semangat "teamwork" di antara kakitangannya haruslah dipuji demi kebaikan bersama; sejajar dengan Semangat 1 Malaysia!

Dari kiri: Tn Jalai, Tn DE(Saratok) & Tn DO(Saratok)

Tn DE(Saratok) sedang menyampaikan amanat beliau

Dari kiri: Tn DE(Saratok), En John Indit (Chief Clerk JKR Saratok), SAO Michael & En Mathew Enggah

Live band yang terdiri daripada staf JKR Saratok

Persiapan pada malam tersebut

Semangat 1 Malaysia; tanpa mengira bangsa & agama staf JKR Saratok sedang menyediakan BBQ

Staf yang bersedia utk meniup lilin kek harijadi mereka pada malam itu

Tn DE(Saratok) menyampaikan tanda kenang-kenangan & penghargaan kpd En Mathew Enggah yang akan bersara

Tn DE(Saratok) sedang "ngesuh ka nyawa iya"!

Tn Jalai membawa lagu "Buah Ati Dirampas Urang"

SAO Michael sedang menyanyi sambil diiringi oleh TA(Jugah) - di tengah

DE JKR - En Randi sedang membawa lagu "Selua Seempa"

Antara staf JKR Saratok yang menyanyi dengan penuh perasaan pada malam itu

Antara staf JKR Saratok yang menyanyi dengan penuh perasaan pada malam itu

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Jam Diatu

Temuai Ke Udah

Pasal Aku

FEEDJIT

FEEDJIT Live Traffic Feed

Randau Ruai


ShoutMix chat widget

Followers


Recent Comments