Mesyuarat Khas Perlaksanaan Projek Pembangunan Agropolitan Gunung Sadok, Bhg Betong Bil 1/2009

Mesyuarat Khas Perlaksanaan Projek Pembangunan Agropolitan Gunung Sadok, Bahagian Betong Bil 1/2009 telah diadakan pada 28 Ogos 2009. Mesyuarat berprofil tinggi yang mana telah dipengerusikan oleh YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu; Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Pembangunan Infrastruktur & Perhubungan Sarawak telah turut dihadiri oleh pegawai-pegawai penting dari pelbagai agensi kerajaan negeri & pusat.

Mesyuarat yang berlangsung selama lebih 2 jam di Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 2, Wisma Bapa M'sia, Petra Jaya, Kuching telah turut dihadiri oleh YB Datuk Hj Mohd Morshidi - SUK Kerajaan Negeri, YBhg Tn Hj Chaiti Hj Bolhassan - S/U Tetap Kementerian Pbgn Luar Bandar, YBhg Datu Ismawi Hj Ismuni - Pengarah SPU, YBhg Datu Hubert Thian - Pengarah JKR Sarawak, En Romie Sigan Daniel - Tn Residen Bhg Betong, En Abdullah Chek Sahamat - Pengurus Besar PELITA serta para pegawai lain termasuk dari KKLW. Turut hadir ialah Ir. Richard Tajan - Jurutera Bahagian JKR Betong, En Wilson Entebang - Pen Pengarah Pertanian Bhg Betong, En Friday Belik - Tn D.O. Betong, En Daniel Supit - Tn D.O. Saratok serta Tuan Jalai selaku Ketua Penyelaras Pembangunan Infrastruktur di Kawasan Projek Agropolitan Gunung Sadok tersebut.

Mesyuarat yang diadakan atas inisiatif Pejabat Residen Betong membincangkan mengenai perkara-perkara berkaitan dengan perlaksanaan Projek Agropolitan Gunung Sadok, Bhg Betong seperti TOR (Term of Reference) akan status tanah serta peruntukan kewangan dari KKLW. Ia juga bertujuan untuk memuktamadkan perkara-perkara / isu-isu yang masih belum mendapat kata putus dari jabatan serta kementerian terbabit.

Agenda mesyuarat pada hari tersebut

Mesyuarat sedang berlangsung di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Bapa Malaysia, Kuching

Dari kiri: Ir Richard Tajan - DE JKR Betong, Tn Wison Entebang - ADA Betong, Tn Romie Sigan Daniel - Tn Residen Betong & YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu - Timbalan Ketua Menteri S'wak

Para rombongan dari Betong sedang berbincang dengan YB Tan Sri Dr Alfred Jabu di pejabat YB di Tingkat 19, Wisma Bapa M'sia, Petra Jaya, Kuching

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Jam Diatu

Temuai Ke Udah

Pasal Aku

FEEDJIT

FEEDJIT Live Traffic Feed

Randau Ruai


ShoutMix chat widget

Followers


Recent Comments