Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Bersama YB Tuan Robert Lawson Chuat Sempena Info Bestari Rimbas, Debak Pada 13 Ogos 2009

Tuan Jalai telah bersekempatan mewakili JKR Bahagian betong menghadiri majlis tersebut yang telah diadakan di Rumah Tindin, Ulu Bayor, Rimbas pada 13 Ogos 2009 (Sabtu). Majlis tersebut yang telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Bhg Betong telah turut dihadiri oleh ramai wakil-wakil ketua jabatan serta pegawai-pegawai kerajaan lain. Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah YB Tuan Robert Lawson Chuat, ADUN N.32 Bukit Saban. Pada majlis tersebut juga telah diadakan sesi dialog diantara YB dengan Tuai-tuai Rumah yang hadir dimana mereka telah mengambil kesempatan ini untuk meluahkan permasalahan serta permintaan rakyat setempat seperti masalah jalan raya, bekalan elektrik dan sebagainya. YB serta wakil ketua jabatan telah menjawab segala permasalahan yang timbul untuk tindakan selanjutnya. YB Tuan Robert Lawson Chuat juga telah bermurah hati dengan menyampaikan geran serta peruntukan kepada Komuniti Info Bestari Rimbas untuk mereka menjalankan aktiviti mereka seperti penghasilan kraftangan dan produk-produk tempatan.

Dari kiri: En Alex (Peg Hal-Ehwal Pengguna Betong), En Tony Malang (Pegawai JASA Betong), Tuan Jalai & En Albert Dagang (Pegawai MDB)

Dari kiri: Tuan Jalai, En Tony Malang & En Alex semasa menanti ketibaan YB

Ketibaan YB Tuan Robert Lawson Chuat disambut dengan meriah

YB Tuan Robert Lawson Chuat sedang disemat dengan "rosette"

Ketibaan YB disambut dengan meriah oleh tetamu yang hadir

En Benedict Blake (Pegawai JASA Betong), En Tony Malang (Pegawai JASA Betong), Tuan Jalai serta rombongan disambut dengan meriah oleh tetamu yang hadir

Dari kiri: En Badin Unor (Peg Jbtn Pertanian Betong), Tuan Jalai, Peg Penerangan Sri Aman, YB Tuan Robert Lawson Chuat, Dr James Luing (SAO Debak) & En Koh Kumbong (Peg Penerangan Betong)

YB Tuan Robert Lawson Chuat sedang menyampaikan amanat beliau

Trh Tindin sedang menyampaikan cenderamata kepada En Koh Kumbong (Peg Penerangan Betong)

Trh Tindin sedang menyampaikan cenderamata kepada YB Tuan Robert Lawson Chuat

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Jam Diatu

Temuai Ke Udah

Pasal Aku

FEEDJIT

FEEDJIT Live Traffic Feed

Randau Ruai


ShoutMix chat widget

Followers


Recent Comments