Lawatan YB Datuk Douglas Uggah ke Spaoh pada 30 Julai 2009

YB Datuk Douglas Uggah & YB Tuan Robert Lawson Chuat telah meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta Majlis Makan Malam anjuran Pejabat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Betong di SJK Chung Hua Spaoh pada 30 Julai 2009. Rombongan YB Datuk turut disertai oleh para Ketua-Ketua Jabatan dari Betong serta pegawai-pegawai kerajaan lain. Tuan Jalai turut hadir dalam majlis tersebut mewakili JKR Bahagian Betong.

Sesungguhnya, usaha murni YB Datuk Douglas Uggah & YB Tn Robert Lawson Chuat harus dipuji kerana disamping komitmen serta tugas lain sebagai Menteri penuh; YB Datuk sempat meluangkan masa untuk menghadiri majlis tersebut. Majlis tersebut juga menjadi satu platform untuk para penduduk Spaoh meluahkan permintaan dan permasalaahan mereka kepada para YB dan juga jabatan kerajaan sediada. Satu sesi soal jawab berkenaan dengan permintaan & permasalahan mereka telah dijalankan dengan YB Datuk sendiri menjawab soalan/permintaan tersebut & ada juga soalan yang ditujukan terus kepada ketua jabatan yang turut hadir.

Di antara masalah yang diketengahkan ialah Masalah Kekurangan Air, Masalah Tanah dan sebagainya. YB Datuk & YB Tn Robert Lawson Chuat telah mengarahkan agar semua permasalahan tersebut ditangani dengan pantas oleh jabatan kerajaan terlibat demi untuk meringankan masalah dan beban rakyat.

Pada Majlis tersebut, YB berdua telah memberi geran kepada SJK Chung Hua Spaoh untuk membeli komputer untuk kegunaan sekolah tersebut serta telah mengarahkan Guru Besarnya untuk mengkaji akan kemungkinan memasang Broadband / Streamyx untuk keselesaan guru dan murid di sekolah tersebut.

Ketibaan YB Datuk Douglas Uggah & YB Tn Robert Lawson Chuat di SJK Chung Hua Spaoh

YB Datuk sedang menandatangani Buku Pelawat

YB Tn Robert Lawson Chuat sedang menandatangani Buku Pelawat sambil diperhatikan oleh En Tony Malang & En Benedict Blake (pegawai JASA Bahagian Betong)

Tn DO Betong - En Friday Belik sedang menandatangani Buku Pelawat

Dari kanan: Dr Richard Rapu (S/u Politik YB Datuk Douglas Uggah), En Badin (pegawai Jbtn Pertanian Betong), Pn Peggy (Pegawai Penguasa Jbtn Tanah & Survei Betong) & Ir. Jamesy (DE DID)

Rakyat Spaoh yang hadir pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat tersebut

YB Datuk Douglas Uggah sedang mencatatkan masalah/permintaan rakyat sambil diperhatikan oleh YB Tn Robert Lawson Chuat

YB Datuk sedang menerangkan sesuatu kpd salah seorang penduduk Spaoh

Salah seorang penduduk Spaoh sedang menyuarakan permintaan / masalah beliau

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Jam Diatu

Temuai Ke Udah

Pasal Aku

FEEDJIT

FEEDJIT Live Traffic Feed

Randau Ruai


ShoutMix chat widget

Followers


Recent Comments