Cadangan Pembinaan Jalan Ng Linsum - Mara - Melanjan - Jelang - Raba - Luing - Kerapa


Satu mesyuarat berkenaan dengan Cadangan Jalan Yang Hendak Dibina Di Bawah RMK10 telah diadakan di Tkt 19, Wisma Bapa M'sia, Petra Jaya, Kuching pada 23 September 2009. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri S'wak merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur & Perhubungan serta Menteri Pembangunan Luar Bandar. Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk memuktamadkan senarai projek pembangunan infrastruktur bagi negeri S'wak untuk dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) di bawah RMK10.

Mesyuarat tersebut telah turut dihadiri oleh YB Datuk Gramong Juna - Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar S'wak, Tn Hj Chaiti Bolhassan - S/u Tetap Kementerian Pbgn Luar Bandar S'wak, Ir. Safri Zainuddin - Timbalan Pengarah JKR S'wak, En Romie Sigan Daniel - Residen Bhg Betong, Ir Richard Tajan - Jurutera Bhg Betong serta beberapa pegawai kanan kerajaan lain dari pelbagai agensi & kementerian seperti SPU & DID.

Untuk Bhg Betong, cadangan projek tersebut telah dimasukkan dengan cadangan pembinaan jalan raya menurut piawaian R3 JKR iaitu jalan premix. Kos dianggarkan ialah RM 123 Juta serta menghubungkan 6 buah rumah panjang di kawasan Spak, Betong dengan panjang jalan 20 KM.

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Jam Diatu

Temuai Ke Udah

Pasal Aku

FEEDJIT

FEEDJIT Live Traffic Feed

Randau Ruai


ShoutMix chat widget

Followers


Recent Comments